BME615
Kuliah minggu ke-3
Konsep-konsep
Penting dalam Penyuntingan
Tajuk/judul Judul adalah nama yang dipakai untuk buku, bab dalam buku, kepala berita, dan lain-lain; identiti atau gambaran seluruh karya, bersifat menjelaskan diri, menarik perhatian dan ada kalanya menentukan wilayah (lokasi). Dalam artikel, judul sering disebut juga kepala tulisan
JUDUL
Judul sebaiknya dibuat dengan ringkas, padat dan menarik.
Judul artikel diusahakan tidak lebih dari lima kata, tetapi cukup menggambarkan isi bahasan.
Contoh Judul: Buku Remaja
Contoh Judul: Buku Kanak-kanak
Syarat-syarat Membuat Judul
1.
Harus relevan, iaitu mempunyai pertalian dengan temanya, atau ada pertalian dengan
beberapa bahagian penting dari tema tersebut.
beberapa bahagian penting dari tema tersebut.
2.
Harus provokatif, iaitu menarik sehingga menimbulkan keinginan pembaca terhadap isi
buku atau karangan.
buku atau karangan.
3.
Harus singkat, iaitu tidak boleh mengambil bentuk kata atau frasa yang panjang, tetapi
harus berbentuk kata atau rangkaian kata yang singkat.Sebaiknya, usahakan judul tidak
lebih daripada lima kata.
harus berbentuk kata atau rangkaian kata yang singkat.Sebaiknya, usahakan judul tidak
lebih daripada lima kata.
Judul terbahagi dua, iaitu :
• Judul langsung
• Judul yang erat kaitannya dengan bahagian utama berita, sehingga hubungannya dengan
bahagian
utama nampak jelas
• Judul tak langsung
• Judul yang tidak langsung hubungannya dengan bahagian utama berita tapi tetap
menjiwai seluruh isi karangan atau berita
• Manuskrip ialah naskah sama ada dalam bentuk tulisan tangan atau bercetak yang
diserahkan oleh pengarang kepada penerbit.
Pewasit atau Penilai
• Pewasit adalah orang yang menilai sesebuah makalah sama ada sesuai atau tidak
diterbitkan dalam sesebuah jurnal
• Editor jurnal akan melantik sekurang-kurangnya dua orang pewasit untuk menilai kertas
kerja/makalah yang diterima dan pewasit dilantik berdasarkan kepakarannya.
diserahkan oleh pengarang kepada penerbit.
Pewasit atau Penilai
• Pewasit adalah orang yang menilai sesebuah makalah sama ada sesuai atau tidak
diterbitkan dalam sesebuah jurnal
• Editor jurnal akan melantik sekurang-kurangnya dua orang pewasit untuk menilai kertas
kerja/makalah yang diterima dan pewasit dilantik berdasarkan kepakarannya.
• Contoh :
• Pewasit Jurnal
Penterjemah
ISBN
•Apakah ISBN?
• International
Standard Book Number atau dikenali sebagai ISBN ialah satu kod sepuluh
(10) atau tiga belas (13) angka yang diperuntukkan kepada satu judul atau edisi buku yang
diterbitkan oleh penerbit tertentu.
• ISBN
diperoleh daripada International ISBN Agensi yang berpusat di London
• Perpustakaan Negara Malaysia telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan ISBN di
Malaysia mulai Ogos 1982.
• ISBN
yang diperoleh hendaklah dicetak di belakang muka surat judul dan belakang kulit
buku.
• Contoh ISBN:
• ISBN
983-99557-1-3 - ISBN 10 angka
• atau
• ISBN
978-983-99557-1-2 - ISBN 13 angka
• (implementasi mulai Januari 2007)
Struktur ISBN
• Setiap ISBN mengandungi 13 angka dan didahului dengan perkataan ISBN dalam huruf
tebal. ISBN 13 angka ini dibahagikan kepada lima (5) bahagian, tiap-tiap bahagian
dipisahkan oleh satu jarak atau tanda sempang.
• Bahagian-bahagian tersebut adalah:
• Bahagian I- Kod Industri Buku
• Bahagian ini mewakili kod industri pebukuan yang digunakan pada peringkat
antarabangsa.
• Bahagian II- Identiti Kumpulan
• Bahagian ini memberi identiti mengikut negara, kawasan geografi atau kumpulan penerbit.
• Bahagian III- Identiti Penerbit
• Bahagian ini memberi identiti kepada satu penerbit dalam sesebuah negara atau
kumpulan.
• Bahagian IV- Identiti Judul
• Bahagian ini memberi identiti kepada sesuatu judul atau edisi buku tertentu yang
diterbitkan oleh sesuatu penerbit.
• Bahagian V-
Angka Kawalan
• Angka Kawalan merupakan satu angka tunggal atau huruf X di hujung sepuluh angka
ISBN. Angka ini mengawal secara automatik ketepatan nombor ISBN oleh sistem ISBN.
Penggunaan ISBN
ISBN berasingan perlu diberi kepada:
1. Setiap Judul yang diterbitkan, tetapi TIDAK bagi cetakan semula buku yang sama
2. Setiap Edisi Baru bagi judul yang telah atau pernah diterbitkan, misalnya edisi ke-2,edisi
semakan, dll
3. Cetakan semula buku yang dikeluarkan oleh penerbit yang berlainan
4. Buku-buku dalam berlainan format, misalnya edisi kulit keras dan edisi kulit kertas
5. Karya berbilang jilid, iaitu satu ISBN diberi kepada setiap jilid dan satu lagi ISBN diberi
kepada seluruh set berkenaan
6. Cetakan semula judul-judul yang tidak ada ISBN
7. Penerbitan bersama. Satu ISBN diberikan kepada penerbit yang bertanggungjawab atas
pengedaran
8. Buku-buku yang diimport dari negara atau kawasan yang belum menyertai program
ISBN untuk dijual atau diedar oleh agen khas
9. Penerbitan helai cerai
10. Bahan audio-visual pendidikan dan terbitan monograf dalam format tidak bercetak.
11. Contoh: Bahan audio-visual untuk terbitan sekolah-sekolah atau institusi pengajian
tinggi (CD-Rom, video, kaset dan lain-lain).
ISBN
Tidak Boleh Diguna Semula
• Nombor ISBN yang telah diperuntukkan TIDAK BOLEH diguna semula.
• Adalah menjadi tanggungjawab penerbit untuk memaklumkan kepada Pusat Kebangsaan
ISBN sekiranya ISBN yang dipohon tidak digunakan atau terdapat sebarang perubahan
pada judul.
Faedah-Faedah ISBN
1. Memajukan dan memudahkan pemesanan dan perolehan buku-buku terbitan Malaysia
pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa
2. Mengiklankan penerbit-penerbit Malaysia dalam "Publishers
International ISBN Directory
(PIID)"
3. Memajukan penjualan buku-buku terbitan Malaysia di pasaran peringkat kebangsaan
dan antarabangsa
4. Sebagai butiran penting di dalam deskripsi Bibliografi Negara Malaysia, direktori jualan
buku, iklan, katalog penerbit dan entri katalog yang disediakan oleh perpustakaan atau
penerbit.
5. Digunakan sebagai nombor bersiri dalam pengawalan stok bagi judul-judul yang
diterbitkan dan memperketat lagi hak milik buku bagi penerbit.
Cara
Memohon
• Semua judul buku adalah layak dipertimbangkan untuk diberi ISBN dan diberikan
PERCUMA oleh Pusat Kebangsaan ISBN
• ISBN
perlu dipohon sebelum buku dicetak
Prosedur Permohonan ISBN
A. Penerbit Baru
• Melengkapkan set borang permohonan bagi penerbit baru, iaitu:
• i.
PNM.PK.PBN (O).02(B1) - Borang Pendaftaran Program ISBN ;
• dan
• ii. PNM.PK.PBN (O).02(B2) - Borang Permohonan ISBN.
• Sertakan salinan Sijil Pendaftaran Syarikat/ salinan Kad Pengenalan (individu), salinan
kulit buku sebenar dan salinan muka surat hakcipta
B. Penerbit Sedia Ada
• Melengkapkan set borang permohonan ISBN:
• i.
PNM.PK.PBN (O).02(B2) - Borang Permohonan ISBN
• Sertakan salinan kulit buku sebenar dan salinan muka surat hakcipta
Penerbit Sedia Ada
Melengkapkan set borang permohonan
ISBN:
Sertakan salinan cetakan skrin kulit buku sebenar versi ebook, salinan muka surat hakcipta
dan laman sesawang, yakni medium ebook akan dipapar atau dijual beserta URL
ISSN
• Apakah ISSN ?
• International
Standard Serial Number (ISSN) atau lebih dikenali sebagai ISSN adalah
nombor lapan angka yang diterima secara universal sebagai kod pengenalan yang
ringkas, tunggal dan tidak mengelirukan bagi setiap satu terbitan bersiri yang diterbitkan.
• Contoh : ISSN 1823-7037
Sistem Operasi ISSN
• International
Serials Data System atau ISDS adalah satu rangkaian antarabangsa bagi
operasi dan pusat serantau yang secara bersama bertanggungjawab bagi pembentukan
dan penyelenggaraan Pangkalan Data berkomputer yang mengandungi maklumat asas
bagi pengesanan terbitan bersiri yang diterbitkan di seluruh dunia. Pusat Antarabangsa ini
yang terletak di Paris mempunyai Pusat Serantaunya bagi Asia Tenggara di Bangkok,
Thailand.
• Pusat Kebangsaan ditubuhkan di setiap negara yang menyertai program ini bagi
memantau, menggalakkan penggunaan dan menetapkan ISSN kepada setiap terbitan
bersiri yang diterbitkan di negara berkenaan.
Siapa Menentukan ISSN Di Malaysia?
• Penubuhan Pusat Kebangsaan ISDS bagi Malaysia di Perpustakaan Negara Malaysia
adalah keputusan Kabinet yang dibuat pada Jun 1976
• Sebagai Pusat Kebangsaan ISDS di Malaysia, pusat ini bertanggungjawab bagi
menetapkan ISSN kepada terbitan-terbitan bersiri yang diterbitkan di Malaysia;
menyelenggara rekod ISSN ke dalam pangkalan data dan mengeksportnya ke Pusat ISDS
Antarabangsa dan Pusat Serantau ISDS-SEA, setiap suku tahun.
Faedah-Faedah ISSN
• Memberi publisiti serta mengiklankan terbitan bersiri Malaysia kepada pengguna-penggun
tempatan dan luar negara.
• Memajukan dan memudahkan perolehan dan pemerosesan terbitan bersiri Malaysia di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa
• Memajukan penjualan terbitan bersiri Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
• Memudahkan akses kepada bahan terbitan bersiri
• Sebagai butiran penting di dalam diskripsi Bibliografi Negara Malaysia, direktori jualan
buku, iklan, katalog penerbit dan entri katalog yang disediakan oleh perpustakaan atau
penerbit.
Bagaimana
dan di mana ISSN Dicetak?
• Didahului dengan akronim ISSN (huruf besar) dan diikuti oleh dua kumpulan nombor
empat angka yang diasingkan dengan tanda sengkang.
• Contoh : ISSN 1394-3650
• ISSN
hendaklah dicetak di tempat yang mudah kelihatan, digalakkan di sudut atas
sebelah kanan kulit depan setiap isu terbitan bersiri yang dikeluarkan.
Pemberian ISSN
• ISSN
diberikan kepada terbitan bersiri masa kini yang baru diterbitkan dan terbitan bersiri
yang belum mempunyai nombor ISSN.
Apakah Terbitan Bersiri?
• Terbitan-terbitan yang dikeluarkan berbahagian yang berturut-turut, biasanya mempunyai
nombor atau susunan waktu dan bertujuan diteruskan penerbitannya sehingga sesuatu
masa, seperti majalah, jurnal, dan lain-lain
• Satu ISSN menentukan satu judul yang ditetapkan dan ia adalah khas untuk judul itu
sahaja. Sekiranya judul itu bertukar atau ditambah, satu ISSN baru akan diberi bagi judul
yang baru
• Contoh:
• Judul - Bulletin Siswazah Selangor - ISSN
0126-7841
• Judul baru - Bulletin Siswazah - ISSN 0126-8961
• Apabila terbitan bersiri diterbitkan juga di dalam berbagai bahasa dengan judul yang
sama, setiap edisi akan diberi ISSNnya sendiri
• Contoh:
• Siaran Pekebun (edisi Jawi) - ISSN 0126-6955
Siaran Pekebun (edisi Rumi) - ISSN 0126-5806
• Juga, edisi di dalam berbagai bahasa yang mempunyai judul di dalam berbagai bahasa
akan diberikan nombor ISSN yang berlainan
• Contoh:
• Malaysia
Official Yearbook - ISSN 0126-6089
• Malaysia
Buku Rasmi Tahunan - ISSN 0126-8627
Cara
Memohon Nombor ISSN
• Semua judul adalah layak dipertimbangkan untuk diberi ISSN. Bagi penerbit swasta ISSN
hanya akan dikeluarkan setelah penerbit memperolehi permit penerbitan bahan bersiri
dari Kementerian Dalam Negeri.
•
ISSN diberikan PERCUMA oleh Pusat Kebangsaan ISSN.
Prosedur Permohonan ISSN
• Melengkapkan set borang permohonan ISSN iaitu:
• PNM.PK.PBN(O).02(B3)
- Borang Permohonan ISSN
• Sertakan salinan permit KDN bagi penerbit swasta, salinan mock-up cover terbitan bersiri
dan salinan mukasurat sidang redaksi.
Mengatur Huruf
• Sekarang mudah
• Guna saja perisian yang ada dalam komputer
• Word,
dll
Pembacaan Pruf
• Pembacaan pruf boleh dilakukan dengan beberapa teknik
• Lazimnya, terdapat dua teknik yang menjadi amalan, iaitu:
•(i) Pembacaan pruf bandingan
•(ii) Pembacaan pruf tanpa bandingan
Pembacaan Pruf Bandingan
• Perbandingan dua versi daripada bahan yang sama mengesan ralat dengan membuat
penandaan dan penandaan ini boleh difahami oleh kalangan mereka yang terlibat dalam
membuat pembetulan berasaskan arahan pembetulan yang diberi
• Dalam konteks ini, pembacaan pruf melibatkan perbandingan antara naskhah aktif
(naskhah pruf terkini) dengan naskhah pasif (naskhah pruf sebelum).
• Pembacaan dilakukan dengan teliti daripada segi aksara,perkataan atau ayat.
Kaedah ini dilakukan dengan cara membaca dan meletakkan naskhah aktif dengan
naskhah pasif sebelah-menyebelah.
Pembacaan pruf cara ini boleh dilakukan oleh Pembaca Pruf dengan cara:
1. Pembacaan pruf bersendirian
(solo)
• Pembacaan pruf bersendirian bermaksud Pembaca Pruf melakukan pembacaan pruf
secara sendiri, iaitu membandingkan naskhah aktif dengan naskhah pasif
2. Pembacaan pruf berpasangan
• Pembacaan pruf berpasangan bermaksud dua orang Pembaca Pruf melakukan
pembacaan pruf.
• Pembaca Pruf pertama membaca naskhah pasif dengan kuat, menyebut segala
perkataan, tandabaca; koma, noktah, petikan tunggal, rupa taip; huruf besar,
huruf condong dan sebagainya.
• Sementara seorang Pembaca Pruf lagi mendengar, menyemak dan
membuatpembetulanmenggunakan naskhah aktif.
3. Pembacaan pruf mengguna alat perakam
• Pembaca pruf merakamkan bahan naskhah pasif dalam pita, kemudian pita ini dimainkan
sambil Pembaca Pruf membuat semakan pada naskhah aktif.
• Berdasarkan beberapa kajian, didapati cara pembacaan pruf berpasangan adalah lebih
cepat dan tepat.
• Bagaimanapun, kaedah ini jarang diamalkan barangkali disebabkan kurang praktikal
daripada segi guna tenaga.
Pembacaan Pruf Tanpa Bandingan/terus
• Dalam konteks pembacaan kategori ini kita dapat contohkan; seorang editor akhbar
membuat laporan dengan menulis artikel, dan menghantarkan hasil penulisannya itu ke
ibu pejabat.
• Di
ibu pejabat, Editor Pengeluaran perlu terlebih dahulu membaca dan membuat
suntingan sebelum diterbitkan. Realitinya, pembacaan yang dilakukan oleh Editor
Pengeluaran ini tanpa ada bahan perbandingan. Dengan kata lain, kategori pembacaan
pruf ini hanya bersumberkan satu versi bahan
Dami
Contoh:
Perjanjian dengan Pengarang
rekto dan verso
• Apakah rekto dan verso?
• Dalam dunia percetakan, rekto dan verso
dikenal sebagai halaman “depan” dan
“belakang” dalam sebuah buku.
• Rekto adalah halaman yang di sebelah
kanan, sedangkan verso adalah
halaman di belakangnya. Dan
begitu seterusnya
blurb
• Blurb atau bahagian belakang buku biasanya
ringkasan tentang kisah yang dipaparkan
dalam buku.
• Penulisannya perlu menarik supaya dapat
menarik minat pembeli.
Perjanjian dengan Pengarang
rekto dan verso
• Apakah rekto dan verso?
• Dalam dunia percetakan, rekto dan verso
dikenal sebagai halaman “depan” dan
“belakang” dalam sebuah buku.
• Rekto adalah halaman yang di sebelah
kanan, sedangkan verso adalah
halaman di belakangnya. Dan
begitu seterusnya
blurb
• Blurb atau bahagian belakang buku biasanya
ringkasan tentang kisah yang dipaparkan
dalam buku.
• Penulisannya perlu menarik supaya dapat
menarik minat pembeli.
@hakcipta Dr. Norizah Ardi 2016
No comments:
Post a Comment