Monday, January 30, 2017


BME615 
BAHASA DAN PENYUNTINGAN

Definisi Penerbitan
• Penerbitan adalah usaha atau kegiatan yang berkaitan dengan proses editorial, produksi,
  dan pemasaran barang-barang, naskah tercetak yang disebarkan kepada pembaca.
• Berdasarkan definisi tersebut, ada tiga bidang yang berkaitan dengan penerbitan,
  iaitubidang editorial, bidang produksi, dan bidang pemasaran.

Definisi editorial
Editorial umumnya editorial adalah karangan utama dalam surat kabar atau majalah.
Editorial didefinisikan sebagai ruangan khusus dalam surat kabar yang inti patinya ialah
tanggapan media yang berkaitan sesuatu peristiwa sebenar.

Tanggapan tersebut boleh  berbentuk pujian, kritikan mahupun cemuhan. Editorial banyak
mengemukakan pendapat berdasarkan analisis terhadap peristiwa atau fakta yang terjadi,
yang menjadi sorotan penting media itu.
• Editorial juga berkaitan dengan penyuntingan, yakni kerja-kerja editor, termasuklah
  menyusun, menyemak, menyunting sesebuah buku, makalah atau penulisan sebelum
  diterbitkan.

Sejarah Penerbitan di Malaysia
Penerbitan dan percetakan awal di Malaysia mula muncul pada1806 menerusiusaha 
  persendirian Andrew Burchet Bon.
Beliau yang mendapat pengalaman di India sebagai pencetak akhbar di Madras
  berpindah ke Pulau Pinang pada 1806 yang pada waktu itu tiada pencetak dan akhbar.
• Bone telah diberi lesen mencetak oleh The East Indian company 

Kaitan Penerbitan dengan Penyuntingan dan Percetakan
• Dari segi tugas, sebagaimana yang ditakrifkan oleh Gaya Dewan, penyunting berperanan
  memilih dan menyusun karya orang lain atau pihak lain untuk diterbitkan.
• Penyunting juga mungkin ditugaskan untuk menyediakan karya atau sekumpulan karya
  orang lain untuk diterbitkan.
• Malah penyunting sendiri mungkin bertugas untuk menyediakan sendiri manuskrip bagi
  diterbitkan.
• Dalam sesebuah organisasi penerbitan yang besar, istilah editor lebih lazim digunakan.
• Oleh sebab terdapat berpuluh jawatan editor dalam organisasi itu, maka jawatan-jawatan
  itu diberi gelaran tertentu berdasarkan tugas khusus para penjawatnya.
• Mereka yang bertugas mencari bahan, memilih penulis dan melakukan kerja-kerja
  mengumpul bahan (seolah-olah seorang pemberita) digelar Editor Perolehan
• Individu yang ditugaskan melaksanakan sesuatu atau menyelia keseluruhan penerbitan,
  digelar Editor Projek.
• Seseorang yang berperanan menilai isi bahan sama ada sesuai disiarkan atau tidak, dan
  bertanggungjawab kepada pihak pengurusan terhadap sebarang implikasi penyiaran
  bahan itu,termasuk kemungkinan dipertikaikan dari segi undang-undang, dikenali  Editor
  Substantif.
• Editor Kopi berperanan meneliti kesemua aspek bahasa, kelancaran bahasa, dan
  keseragaman gaya paparan.
• Seterusnya kelompok editor yang terakhir, iaitu mereka yang bertugas menanda teks
  untuk panduan pereka bentuk dan pereka letak, digelar Editor Pengeluaran.

Sidang editor (sidang pengarang)
• Sesebuah majalah yang berwibawa seperti majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
  (DBP) diberi gelaran yang istimewa, yang memperlihatkan hierarki jawatan itu, iaitu Ketua
  Editor, Editor, Timbalan Editor, dan Penolong Editor. Sementara majalah biasa
  lazimnya mempunyai Ketua Editor dan Editor sahaja.
• Dalam kes ini, semua tugas editor yang dinyatakan tadi diagih-agihkan sesama mereka.
  Dalam organisasi yang kecil, atau organisasi besar yang bukan badan penerbitan, para
  editor juga melakukan kerja pengurusan dan pembacaan pruf.
• Di institusi pendidikan, editor bukanlah nama jawatan rasmi. Malah dalam kes tertentu,
  yang menjadi editor ialah para pelajar. Pensyarah menjadi penasihat sahaja. Walau
  bagaimanapun, penerbitan rasmi institut mesti ditangani oleh staf akademik.
• Lazimnya, Ketua Jabatan atau seorang pensyarah kanan ditugaskan selaku Pengerusi
  Jawatankuasa Penerbitan Laporan Tahunan. Seorang Ketua Jabatan atau pensyarah
  kanan yang lain ditugaskan selaku Pengerusi Jawatankuasa Penerbitan Jurnal.

Gaya Dewan
• Pengetahuan tentang penyuntingan memang dapat diperoleh melalui pembacaan. Dalam
  bahasa Melayu, buku yang membicarakan subjek ini dengan terperinci ialah Gaya Dewan
  Edisi Ketiga (2005 ). 




• Walaupun GD menjadi rujukan utama para penyunting di Malaysia, pereka bentuk dan
  pereka letak. Namun demikian, banyak perkara hanya dapat diselaraskan dan
  diselesaikan melalui mesyuarat rasmi atau perbincangan
• Istilah "sidang pengarang" sewajarnya digunakan kerana dengan istilah itu para petugas
  sentiasa diingatkan bahawa mereka perlu melakukan kerja kumpulan dengan bersidang
  (berbincang dan bekerja).

Proses asas penyuntingan
• simbol dan penggunaan penanda pruf,
• editing atau penyuntingan substantif,
• bacaan pruf kedua,
• bacaan pruf ketiga
• proses dami
• Panduan Proses Membaca Pruf:
• Aspek kemahiran, ketelitian, keselarasan atau seragam, mengikut ’house style’ dan
  Kesahihan fakta

Penerbitan dan Penyuntingan merupakan aktiviti yangdilindungi melalui:
• Akta Kontrak 1950
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984
Akta Hak Cipta 1987.


Akta kontrak1950

No comments:

Post a Comment