Monday, January 30, 2017

BME615

HP dan objektif kuliah BME615:
  Pada akhir kuliah, pelajar akan mengetahui                               
  I. Tugas dan Tanggungjawab Penyunting dan Editor
 II. Ciri-ciri penyunting dan editor yang baik
III. Etika menjadi penyunting dan editor
IV. 4.  Kepentingan penyunting dan editor dalam kerja penerbitan     

Tugas dan Tanggungjawab Penyunting dan Editor 
• Menyunting boleh didefinisikan sebagai 
  kegiatan membaca kembali sambil mencari 
  kesalahan dalam sebuah tulisan atau manuskrip.
• Untuk mencari kesalahan, baik kesalahan ejaan
  gaya bahasa, mahupun pemilihan kata,kita harus 
  membaca dan membaca berulang kali.
• Penyunting/editor  perlu membaca dan menyemak  
  ejaan atau kata yang meragukan
  dengan merujuk kamus berkali-kali







Tugas dan tanggungjawab penyunting/editor
• Menulis dan menyunting bahan-bahan 
  untuk penerbitan
• Mengumpul manuskrip-manuskrip untuk 
  dijadikan bahan penerbitan








Kegiatan Penyuntingan Meliputi:
i.    Memperbaiki kesalahan-kesalahan yang terlihat dengan mata kasar
ii.   Menyesuaikan gaya bahasa sesuai dengan keperluan media yang berkaitan
iii.  Meringkas beberapa kalimat menjadi satu atau dua kalimat yang memiliki kejelasan   
     makna serupa
iv.  Menghindari pengulangan/lewah dalam  penulisan  kerana ini maklumat yang
     membosankan
v.   Melengkapi tulisan dengan subjudul
vi.  Memperbaiki judul supaya menarik
vii. Menulis keterangan gambar atau pekerjaan lain yang berkait dengan tulisan yang
     disunting
viii.Membaca kembali hasil tulisan yang telah dicetak kerana mungkin masih terdapat
     kesalahan.

Peranan Editor 
i.   memotong, menambah atau  membetulkan 
     sesebuah karya    mengikut keperluan dan
     kesesuaian bagi menjamin karya penulis 
     memenuhi piawai penerbit
ii.  memastikan karya memperkatakan tujuan 
     karya itu
iii. melenyapkan pertentangan fakta;
iv. membetulkan kesalahan dan kerancuan 
    aspek bahasa seperti ejaan, ayat, frasa,
    pemilihan kata, tanda baca,penggunaan
    huruf besarpenggunaan hurufkecil
    kependekanpenggunan istilah dan 
    sebagainya.

Apakah ciri-ciri penyunting dan editor yang baik? 
• Penyunting dan editor yang baik mampu 
  menjalankan tugas dan tanggungjawab 
  yang diberi dengan cemerlang mengikut 
  masa yang ditetapkan.






Tugas dan Tanggungjawab Editor
• Terhadap karya               →                  • Memastikan karya yang bermutu tinggi
• Terhadap karyawan         →                   Menghormati karyawan sebagai profesional
• Terhadap khalayak          →                   Menyedari dan menghargai tanggungjawab sosial
• Terhadap organisasi        →                   Bekerja keras untuk kemajuan organisasi
• Terhadap kerjaya             →                   Meningkatkan tahap profesional kerjaya

Memastikan karya yang bermutu tinggi
• Memilih bahan yang baru, asli dan sesuai untuk keperluan khalayaknya
• Menentukan prosedur untuk memelihara kualiti produk
• Melaksana dan memantau proses editorial
• Memastikan 4 C (clarity, coherency, consistency & correctness)
• Mewujudkan sistem penilaian yang berkesan
• Memastikan persembahan kandungan yang bermutu
• Meningkatkan kreativiti dalam seni pengkaryaan
• Menghasilkan karya yang bebas daripada kesilapan

Menghormati Karyawan sebagai Profesional
• Melayan pengarang dengan adil, sopan, objektif dan jujur
• Memberi respons dan jawapan dengan kadar segera
• Menyediakan panduan tentang penyediaan dan penyerahan manuskrip
• Memilih penilai yang berwibawa dan melayan penilai dengan adil
• Menyediakan piawai untuk proses penilaian
• Menghormati hak pengarang termasuk hak moral
• Menentukan dan melaksanakan standard etika

Menyedari dan Menghargai Tanggungjawab Sosial
• Menghasilkan judul-judul memberi sumbangan penting bagi kemajuan moral, mental dan
  fizikal
• Membantu khalayak meningkatkan kualiti kehidupan mereka
• Memelihara kualiti kandungan bahan
• Memaklumkan sumber seperti kepengarangan, pemilikan dan pembiayaan 
• Menyediakan saluran untuk khalayak mengungkapkan respons dalam kes majalah,
  akhbar dan jurnal
• Menggalakkan budaya membaca

Bekerja Keras untuk Kemajuan Organisasi
• Memenuhi matlamat editorial yang ditetapkan organisasi
• Merancang proses penerbitan yang berkesan
• Membantu dalam perancangan dan pelaksanaan penerbitan yang berjaya
• Mengenal pasti trend pengkaryaan, penerbitan, pembacaan dan pembelian
• Mewujudkan mekanisme untuk menentukan sama ada penerbitan memenuhi keperluan 
  pembaca
• Menjaga hubungan baik dalam organisasi dengan pekerja, pengurusan dan khalayak

Meningkatkan Tahap Profesional Kerjaya
• Sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran 
  diri dalam pengurusan dan tugas-tugas
  penyuntingan dan proses penerbitan
• Memelihara prinsip-prinsip kod etika seperti 
  kejujuran, tanggungjawab, kebebasan,
  kesopanan, ketepatan dan keimbangan








Etika Editor/Penyunting
1. Tugas utama seorang editor adalah mengolah manuskrip atau naskah hingga layak
    diterbitkan sesuai dengan aturan dan syarat penerbitan
2. Editor perlu memiliki fikiran terbuka terhadap pendapat-pendapat baru yang mungkin
    bertentangan dengan pendapat umum.
3. Editor tidak boleh memihak pada suatu pendapat, sama ada pendapatnya sendiri atau
    orang lain.
4. Menjadi satu kesalahan jenayah, sekiranya seorang editor mendiamkan suatu naskah
    atau menggunakan pengetahuan yang diperolehnya dari naskah tersebut dan
    menerbitkannya atas nama sendiri.
5. Editor harus merahsiakan maklumat yang terdapat dalam manuskrip/naskah agar
    gagasan, pendekatan, kaedah, hasil penemuan dan kesimpulannya tidak dicuri orang
    lain. 
6. Editor perlu bekerja dengan disiplin waktu yang ketat untuk mengedit naskah dan
    menjadualkan penerbitannya agar tidak merugikan pengarang dan penerbit
7. Editor harus jujur pada diri sendiri sekiranya beliau sendiri tidak mampu untuk menilai
    sesebuah manuskrip/naskah.
8. Hak yang besar yang diberikan kepada editor tujuannya adalah untuk memajukan ilmu
    dengan menyebarkan maklumat, bukan untuk disalah guna.

Etika menjadi editor/penyunting
9.   Seorang editor hanya bertanggungjawab terhadap bentuk formal penerbitan.
      Pengarangnya yang bertanggungjawab penuh terhadap isi dan segala pernyataan
      dalam manuskrip/naskah.
10. Editor tidak memiliki hak atas penghargaan apa pun daripada sesebuah  karya yang
      diterbitkan.
11. Seorang editor harus bertindak sebaik-baiknya sesuai dengan apa yang beliau ketahui,
      yakini, dan kemampuan yang dimilikinya.
12. Editor wajib memberi surat penerimaan sesebuah naskah dan menguruskan
      penilaiannya sama ada naskah tersebut diterima atau ditolak.
13. Seorang editor harus dapat memberikan alasan yang jelas kepada pengarang sekiranya
      perubahan perlu pada naskah/manuskrip.
14. Editor harus mempertahankan gaya tulisan penulis sekiranya maksud
      penulis/pengarang sudah jelas dan teksnya  baik, walaupun mungkin gaya tersebut
      tidak sesuai dengan selera si editor.
15. Seorang editor tidak dibenarkan mengubah karya seorang penulis hanya untuk
      menyesuaikannya dengan gaya penulisan sendiri.
16. Seorang editor wajib melakukan perubahan pada naskah dengan hati-hati, agar tidak
      terjadi perubahan makna yang dimaksudkan penulisnya.
17. Walau apapun yang terjadi, seorang editor harus selalu berpihak pada penulis.
18. Ketika menilai kelayakan sebuah naskah sama ada patut diterbitkan atau tidak,
      seseorang editor perlu bersikap sangat objektif dan jujur.

Kepentingan  Editor/Penyunting dalam Kerja Penerbitan
• Bagi sesebuah syarikat penerbitan editor 
  penting kerana tugas mereka berkait 
  dengan:
1.  PERANCANGAN
2.  PERUNDINGAN
3.  PENGURUSAN
4.  PENYUNTINGAN





PERANCANGAN
Apkah yang perlu diterbitkan?
Bila perlu berada di pasaran?
Jadual kerja
Pemilihan penulis dan petugas lain
Strategi pelaksanaan
Belanjawan

PERUNDINGAN
Dengan penulis
Dengan pereka bentuk
Urusan hak cipta dan royalti
Urusan pracetak dan percetakan
Urusan promosi dan pemasaran

PENGURUSAN
Pemilihan penulis
Penilaian manuskrip
Penyuntingan
Penyediaan ilustrasi
Penyediaan reka bentuk dan reka letak

PENYUNTINGAN
1. Penyuntingan substantif
      Isifaktakoherens

2. Penyuntingan Naskah
      Bahasa - kohesi – wacana

3. Penyuntingan Teknikal
       Gaya penerbitan





No comments:

Post a Comment