Monday, January 30, 2017

BME615
Kuliah minggu ke-3

Konsep-konsep Penting dalam Penyuntingan
Tajuk/judul Judul adalah nama yang dipakai untuk buku, bab dalam buku, kepala berita, dan lain-lain; identiti atau gambaran seluruh karya, bersifat menjelaskan diri, menarik perhatian dan ada kalanya menentukan wilayah (lokasi). Dalam artikel, judul sering disebut juga kepala tulisan
JUDUL
Judul sebaiknya dibuat dengan ringkas, padat dan menarik.
Judul artikel diusahakan tidak lebih dari lima kata, tetapi cukup menggambarkan isi bahasan.
Contoh Judul: Buku Remaja

 

Contoh Judul: Buku Kanak-kanak

 

Syarat-syarat Membuat Judul
1. Harus relevan, iaitu mempunyai pertalian dengan temanya, atau ada pertalian dengan
    beberapa bahagian penting dari tema tersebut.
2. Harus provokatif, iaitu menarik sehingga menimbulkan keinginan pembaca terhadap isi
    buku atau karangan.
3. Harus singkat, iaitu tidak boleh mengambil bentuk kata atau frasa yang panjang, tetapi
    harus berbentuk kata atau rangkaian kata yang singkat.Sebaiknya, usahakan judul tidak
    lebih daripada lima kata.

Judul terbahagi dua, iaitu :

• Judul langsung
• Judul yang erat kaitannya dengan bahagian utama berita, sehingga hubungannya dengan
   bahagian
  utama nampak jelas

• Judul tak langsung

• Judul yang tidak langsung hubungannya dengan bahagian utama berita tapi tetap
   menjiwai seluruh isi karangan atau berita

Manuskrip
• Manuskrip ialah naskah sama ada dalam bentuk tulisan tangan atau bercetak yang
  diserahkan oleh pengarang kepada penerbit

Pewasit atau Penilai

• Pewasit adalah orang yang menilai sesebuah makalah sama ada sesuai atau tidak
  diterbitkan dalam sesebuah jurnal
• Editor jurnal akan melantik sekurang-kurangnya dua orang pewasit untuk menilai kertas
  kerja/makalah yang diterima dan pewasit dilantik berdasarkan kepakarannya.


                                • Contoh :
                                • Pewasit Jurnal
                                  Penterjemah
                                           







ISBN
Apakah ISBN?
• International Standard Book Number atau dikenali sebagai ISBN ialah satu kod sepuluh
  (10) atau tiga belas (13) angka yang diperuntukkan kepada satu judul atau edisi buku yang
  diterbitkan oleh penerbit tertentu.


• ISBN diperoleh daripada International ISBN Agensi yang berpusat di London
• Perpustakaan Negara Malaysia telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan ISBN di
  Malaysia mulai Ogos 1982.
• ISBN yang diperoleh hendaklah dicetak di belakang muka surat judul dan belakang kulit
  buku.
• Contoh ISBN:
• ISBN 983-99557-1-3 - ISBN 10 angka
• atau
• ISBN 978-983-99557-1-2 - ISBN 13 angka
• (implementasi mulai Januari 2007)

Struktur ISBN
• Setiap ISBN mengandungi 13 angka dan didahului dengan perkataan ISBN dalam huruf
  tebal. ISBN 13 angka ini dibahagikan kepada lima (5) bahagian, tiap-tiap bahagian
  dipisahkan oleh satu jarak atau tanda sempang.
• Bahagian-bahagian tersebut adalah:


• Bahagian I-  Kod Industri Buku
• Bahagian ini mewakili kod industri pebukuan yang digunakan pada peringkat
  antarabangsa.
• Bahagian II- Identiti Kumpulan
• Bahagian ini memberi identiti mengikut negara, kawasan geografi atau kumpulan penerbit.
• Bahagian III- Identiti Penerbit
• Bahagian ini memberi identiti kepada satu penerbit dalam sesebuah negara atau
  kumpulan.
• Bahagian IV- Identiti Judul
• Bahagian ini memberi identiti kepada sesuatu judul atau edisi buku tertentu yang
  diterbitkan oleh sesuatu penerbit.
• Bahagian V-  Angka Kawalan
• Angka Kawalan merupakan satu angka tunggal atau huruf X di hujung sepuluh angka
  ISBN. Angka ini mengawal secara automatik ketepatan nombor ISBN oleh sistem ISBN. 

Penggunaan ISBN
ISBN berasingan perlu diberi kepada:
1.   Setiap Judul yang diterbitkan, tetapi TIDAK bagi cetakan semula buku yang sama
2.   Setiap Edisi Baru bagi judul yang telah atau pernah diterbitkan, misalnya edisi ke-2,edisi
      semakan, dll
3.   Cetakan semula buku yang dikeluarkan oleh penerbit yang berlainan
4.   Buku-buku dalam berlainan format, misalnya edisi kulit keras dan edisi kulit kertas
5.   Karya berbilang jilid, iaitu satu ISBN diberi kepada setiap jilid dan satu lagi ISBN diberi
      kepada seluruh set berkenaan
6.   Cetakan semula judul-judul yang tidak ada ISBN
7.   Penerbitan bersama. Satu ISBN diberikan kepada penerbit yang bertanggungjawab atas
      pengedaran
8.   Buku-buku yang diimport dari negara atau kawasan yang belum menyertai program
      ISBN untuk dijual atau diedar oleh agen khas
9.   Penerbitan helai cerai
10.  Bahan audio-visual pendidikan dan terbitan monograf dalam format tidak bercetak.
11.  Contoh: Bahan audio-visual untuk terbitan sekolah-sekolah atau institusi pengajian
       tinggi (CD-Rom, video, kaset dan lain-lain).

ISBN Tidak Boleh Diguna Semula
• Nombor ISBN yang telah diperuntukkan TIDAK BOLEH diguna semula.
• Adalah menjadi tanggungjawab penerbit untuk memaklumkan kepada Pusat Kebangsaan
  ISBN sekiranya ISBN yang dipohon tidak digunakan atau terdapat sebarang perubahan
  pada judul

Faedah-Faedah ISBN
1.  Memajukan dan memudahkan pemesanan dan perolehan buku-buku terbitan Malaysia
     pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa
2.  Mengiklankan penerbit-penerbit Malaysia dalam "Publishers International ISBN Directory
     (PIID)"
3.  Memajukan penjualan buku-buku terbitan Malaysia di pasaran peringkat kebangsaan
     dan antarabangsa
4.  Sebagai butiran penting di dalam deskripsi Bibliografi Negara Malaysia, direktori jualan
     buku, iklan, katalog penerbit dan entri katalog yang disediakan oleh perpustakaan atau
     penerbit.
5.  Digunakan sebagai nombor bersiri dalam pengawalan stok bagi judul-judul yang
     diterbitkan dan memperketat lagi hak milik buku bagi penerbit.

Cara Memohon
• Semua judul buku adalah layak dipertimbangkan untuk diberi ISBN dan diberikan
  PERCUMA oleh Pusat Kebangsaan ISBN
• ISBN perlu dipohon sebelum buku dicetak

Prosedur Permohonan ISBN
A. Penerbit Baru
• Melengkapkan set borang permohonan bagi penerbit baru, iaitu:
      i. PNM.PK.PBN (O).02(B1) - Borang Pendaftaran Program ISBN ;
•      dan
•     ii. PNM.PK.PBN (O).02(B2) - Borang Permohonan ISBN.
• Sertakan salinan Sijil Pendaftaran Syarikat/ salinan Kad Pengenalan (individu), salinan
  kulit buku sebenar dan salinan muka surat hakcipta

B. Penerbit Sedia Ada
• Melengkapkan set borang permohonan ISBN:
•    i. PNM.PK.PBN (O).02(B2) - Borang Permohonan ISBN
• Sertakan salinan kulit buku sebenar dan salinan muka surat hakcipta

Penerbit Sedia Ada
Melengkapkan set borang permohonan ISBN:
   iPNM.PK.PBN (O).02(B2) - Borang Permohonan ISBN
Sertakan salinan cetakan skrin kulit buku sebenar versi ebook, salinan muka surat hakcipta
dan laman sesawang, yakni medium ebook akan dipapar atau dijual beserta URL

ISSN
• Apakah  ISSN ?
• International Standard Serial Number (ISSN) atau lebih dikenali sebagai ISSN adalah
  nombor lapan angka yang diterima secara universal sebagai kod pengenalan yang
  ringkastunggal dan tidak mengelirukan bagi setiap satu terbitan bersiri yang diterbitkan.
• Contoh : ISSN 1823-7037


Sistem Operasi ISSN
• International Serials Data System atau ISDS adalah satu rangkaian antarabangsa bagi
  operasi dan pusat serantau yang secara bersama bertanggungjawab bagi pembentukan
  dan penyelenggaraan Pangkalan Data berkomputer yang mengandungi maklumat asas
  bagi pengesanan terbitan bersiri yang diterbitkan di seluruh dunia. Pusat Antarabangsa ini
  yang terletak di Paris mempunyai Pusat Serantaunya bagi Asia Tenggara di Bangkok,
  Thailand.
• Pusat Kebangsaan ditubuhkan di setiap negara yang menyertai program ini bagi
  memantau, menggalakkan penggunaan dan menetapkan ISSN kepada setiap terbitan
  bersiri yang diterbitkan di negara berkenaan.

Siapa Menentukan ISSN Di Malaysia?
• Penubuhan Pusat Kebangsaan ISDS bagi Malaysia di Perpustakaan Negara Malaysia
  adalah keputusan Kabinet yang dibuat pada Jun 1976
• Sebagai Pusat Kebangsaan ISDS di Malaysia, pusat ini bertanggungjawab bagi
  menetapkan ISSN kepada terbitan-terbitan bersiri yang diterbitkan di Malaysia;
  menyelenggara rekod ISSN ke dalam pangkalan data dan mengeksportnya ke Pusat ISDS
  Antarabangsa dan Pusat Serantau ISDS-SEA, setiap suku tahun

Faedah-Faedah ISSN
• Memberi publisiti serta mengiklankan terbitan bersiri Malaysia kepada pengguna-penggun
  tempatan dan luar negara.
• Memajukan dan memudahkan perolehan dan pemerosesan terbitan bersiri Malaysia di
  peringkat kebangsaan dan antarabangsa
• Memajukan penjualan terbitan bersiri Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
• Memudahkan akses kepada bahan terbitan bersiri
• Sebagai butiran penting di dalam diskripsi Bibliografi Negara Malaysia, direktori jualan
  bukuiklan, katalog penerbit dan entri katalog yang disediakan oleh perpustakaan atau
  penerbit.

Bagaimana dan di mana ISSN Dicetak?
• Didahului dengan akronim ISSN (huruf besar) dan diikuti oleh dua kumpulan nombor
  empat angka yang diasingkan dengan tanda sengkang.
• Contoh : ISSN 1394-3650
• ISSN hendaklah dicetak di tempat yang mudah kelihatan, digalakkan di sudut atas
  sebelah kanan kulit depan setiap isu terbitan bersiri yang dikeluarkan.

Pemberian ISSN
• ISSN diberikan kepada terbitan bersiri masa kini yang baru diterbitkan dan terbitan bersiri
  yang belum mempunyai nombor ISSN.

Apakah Terbitan Bersiri?
• Terbitan-terbitan yang dikeluarkan berbahagian yang berturut-turut, biasanya mempunyai
  nombor atau susunan waktu dan bertujuan diteruskan penerbitannya sehingga sesuatu
  masa, seperti majalah, jurnal, dan lain-lain
• Satu ISSN menentukan satu judul yang ditetapkan dan ia adalah khas untuk judul itu
  sahaja. Sekiranya judul itu bertukar atau ditambah, satu ISSN baru akan diberi bagi judul
  yang baru
• Contoh:
Judul - Bulletin Siswazah Selangor - ISSN 0126-7841
• Judul baru - Bulletin Siswazah - ISSN 0126-8961

• Apabila terbitan bersiri diterbitkan juga di dalam berbagai bahasa dengan judul yang
  samasetiap edisi akan diberi ISSNnya sendiri
• Contoh:
• Siaran Pekebun (edisi Jawi) - ISSN 0126-6955
  Siaran Pekebun (edisi Rumi) - ISSN 0126-5806

Juga, edisi di dalam berbagai bahasa yang mempunyai judul di dalam berbagai bahasa
  akan diberikan nombor ISSN yang berlainan
• Contoh:
• Malaysia Official Yearbook - ISSN 0126-6089
• Malaysia Buku Rasmi Tahunan - ISSN 0126-8627

Cara Memohon Nombor ISSN
• Semua judul adalah layak dipertimbangkan untuk diberi ISSN. Bagi penerbit swasta ISSN
  hanya akan dikeluarkan setelah penerbit memperolehi permit penerbitan bahan bersiri
  dari Kementerian Dalam Negeri.
ISSN diberikan PERCUMA oleh Pusat Kebangsaan ISSN.

Prosedur Permohonan ISSN
• Melengkapkan set borang permohonan ISSN iaitu:
• PNM.PK.PBN(O).02(B3) - Borang Permohonan ISSN
• Sertakan salinan permit KDN bagi penerbit swasta, salinan mock-up cover terbitan bersiri
  dan salinan mukasurat sidang redaksi.

Mengatur Huruf
• Sekarang mudah
• Guna saja perisian yang ada dalam komputer
• Word, dll

Pembacaan Pruf
• Pembacaan pruf boleh dilakukan dengan beberapa teknik 
Lazimnya, terdapat dua teknik yang menjadi amalan, iaitu:
                    •(i)  Pembacaan pruf bandingan
                    •(ii) Pembacaan pruf tanpa bandingan

Pembacaan Pruf Bandingan
• Perbandingan dua versi  daripada bahan yang sama mengesan ralat dengan membuat
  penandaan dan penandaan ini boleh difahami oleh kalangan mereka yang terlibat dalam
  membuat pembetulan berasaskan arahan pembetulan yang diberi
• Dalam konteks ini, pembacaan pruf melibatkan perbandingan antara naskhah aktif
  (naskhah pruf terkini) dengan naskhah pasif (naskhah pruf sebelum).
• Pembacaan dilakukan dengan teliti daripada segi aksara,perkataan atau ayat.
  Kaedah ini dilakukan dengan cara membaca dan meletakkan naskhah aktif dengan
  naskhah pasif sebelah-menyebelah.


Pembacaan pruf cara ini boleh dilakukan oleh Pembaca Pruf dengan cara:
1. Pembacaan pruf bersendirian (solo)
   Pembacaan pruf bersendirian bermaksud Pembaca Pruf melakukan pembacaan pruf
    secara sendiri, iaitu membandingkan naskhah aktif dengan naskhah pasif
2. Pembacaan pruf berpasangan
•   Pembacaan pruf berpasangan bermaksud dua orang Pembaca Pruf melakukan
    pembacaan pruf.
•   Pembaca Pruf pertama membaca naskhah pasif dengan kuat, menyebut segala
    perkataantandabaca; koma, noktah, petikan tunggal, rupa taip; huruf besar,
    huruf condong dan sebagainya.
•   Sementara seorang Pembaca Pruf lagi mendengar, menyemak dan
    membuatpembetulanmenggunakan naskhah aktif.
3. Pembacaan pruf mengguna alat perakam
•   Pembaca pruf merakamkan bahan naskhah pasif dalam pita, kemudian pita ini dimainkan
    sambil Pembaca Pruf membuat  semakan pada naskhah aktif.
•   Berdasarkan beberapa kajian, didapati cara pembacaan pruf berpasangan adalah lebih
    cepat dan tepat.
•   Bagaimanapun, kaedah ini jarang diamalkan barangkali disebabkan kurang praktikal
    daripada segi guna tenaga.

Pembacaan Pruf Tanpa Bandingan/terus
• Dalam konteks pembacaan kategori ini kita dapat contohkan; seorang editor akhbar
  membuat laporan dengan menulis artikel, dan menghantarkan hasil penulisannya itu ke
  ibu pejabat.
• Di ibu pejabat, Editor Pengeluaran perlu terlebih dahulu membaca dan membuat
  suntingan sebelum diterbitkan. Realitinya, pembacaan yang dilakukan oleh Editor
  Pengeluaran ini tanpa ada bahan perbandingan. Dengan kata lain, kategori pembacaan
  pruf ini hanya bersumberkan satu versi bahan

Dami
Contoh

Perjanjian dengan Pengarang





rekto dan verso
• Apakah  rekto dan verso?
• Dalam dunia percetakan, rekto dan verso 
  dikenal sebagai halamandepandan 
  “belakang” dalam sebuah buku.

• Rekto adalah halaman yang di sebelah
  kanansedangkan verso adalah 
  halaman di belakangnya. Dan 
  begitu seterusnya







blurb
• Blurb atau bahagian belakang buku biasanya
  ringkasan tentang kisah yang dipaparkan 
  dalam buku

• Penulisannya perlu menarik supaya dapat 
  menarik minat pembeli.














@hakcipta Dr. Norizah Ardi 2016

No comments:

Post a Comment